Everything is here and only for you

Wednesday 13 January 2010

apa itu PBB?


PBB – Organisasi Kufur Ciptaan Barat       [Isu Semasa] 
<http://www.webkl.net/modules.php?name=News&new_topic=3> eijad
<http://www.webkl.net/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username\
=eijad>  menulis "  Apakah Kita Masih Mengharapkannya? ??
Malaysia dan negara-negara sahabat sedang berusaha mendesak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)agar mengadakan perhimpunan khas bagi
membincangkan isu Asia Barat, termasuk melaksanakan segera gencatan
senjata di Palestin dan Lebanon.

''Kita telah pun menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin berkenaan
(kuasa-kuasa besar) termasuk kepada ahli tetap dan ahli tidak tetap
Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan sokongan mereka''.

Itulah antara kata-kata Perdana Menteri yang terpampang di muka depan
Utusan Malaysia 30/07/06. Beliau juga menolak cadangan menantunya,
Khairy Jamaluddin supaya negara-negara anggota OIC menarik diri daripada
menjadi anggota PBB kerana badan dunia itu gagal berfungsi melindungi
keselamatan penduduk dunia. Abdullah berkata, OIC tidak boleh keluar
dari PBB kerana negara-negara anggota OIC boleh mendapat banyak manfaat
daripada badan dunia itu.


Beliau seterusnya menegaskan, PBB masih merupakan badan yang berfaedah
dan negara-negara anggota OIC boleh terus memainkan peranan aktif dalam
pertubuhan berkenaan. Dengan terus menyertai PBB, negara-negara anggota
OIC boleh membawa banyak isu lain kepada PBB termasuk isu-isu yang
melibatkan negara-negara sedang membangun. [UM 30/07/06].  Inilah
realiti yang senantiasa melingkari pemikiran pemerintah kaum Muslimin
setiap kali dunia dilanda krisis. Ini bukanlah kali pertama, dan bukan
juga kali ke seratus kita melihat pemimpin-pemimpin kita bergantung
harap kepada badan dunia itu. Sudah jutaan nyawa umat Islam melayang,
sudah ribuan wanita dan anak-anak menderita, para pemimpin kaum Muslimin
terus bergantung harap kepada PBB seolah-olah inilah satu-satunya 'hero'
yang akan menyelamatkan kita semua! Kini, di saat Israel terus menggila
melancarkan serangan ke atas umat Islam di Lebanon dengan mendapat
sokongan padu dari Amerika Syarikat (AS), sekali lagi kita melihat para
pemimpin kaum Muslimin duduk berpangku tubuh di bangku mewah sambil
menjerit meminta tolong kepada organisasi yang dikawal oleh Amerika ini.
Hakikatnya kewujudan PBB hanyalah untuk mengekalkan hegemoni Barat ke
atas kaum Muslimin dan menjadikan umat Islam terus menerus berada di
bawah kekuasaan mereka. Sautun Nahdhah pada minggu ini ingin menjelaskan
dan mengingatkan para penguasa kaum Muslimin khasnya dan umat Islam
umumnya bahawa tindakan menagih ihsan dan simpati kepada PBB yang sudah
terang lagi nyata merupakan sebuah organisasi kufur adalah tindakan yang
salah dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Semoga hidayah Allah
tercurah kepada para pembaca sekalian.  Sejarah Kewujudan PBB PBB secara
rasminya terbentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II di San
Francisco Amerika Syarikat oleh sejumlah 51 buah negara. Pembentukannya
didokong oleh lima negara besar saat itu iaitu Amerika Syarikat,
Kesatuan Soviet, China, Britain dan Perancis yang berkonflik dengan
Jerman dan sekutunya. Negara-negara inilah yang mempersiapkan draf
pembentukan PBB dan menjadi penandatangan utamanya. Nama "United
Nations" sendiri merupakan usulan dari Presiden Amerika Syarikat ketika
itu iaitu Franklin D. Roosevelt. Istilah ini telah dicipta oleh
Roosevelt sewaktu Perang Dunia II sedang berlangsung untuk merujuk
kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara. Nama ini
digunakan secara rasmi buat pertama kalinya pada 1 Januari 1942 di dalam
'Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'. Selepas
pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama "Angkatan
Pertempuran PBB" untuk merujuk kepada perikatan mereka. Gagasan untuk
PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan yang ditandatangani dalam
beberapa persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu
perang masih berlanjutan pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober
1944, wakil-wakil daripada Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat
dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan
mereka di Dumbarton Oaks Estate, Washington DC. Perbincangan ini dan
perbincangan yang seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan yang
menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan ini, keahlian serta pengurusan
untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. Termasuk yang
dibincangkan adalah kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Pada 25
April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuh an
Antarabangsa" bermula di San Francisco. 50 buah negara yang menghadiri
persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu"
dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu,
tetapi satu tempat telah diperuntukkan kepadanya di mana ia kemudiannya
menandatangani piagam tersebut. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas Piagamnya disahkan
oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat,
United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis dan Republik China.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United
Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh kesemua 51 buah negara
anggota. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh 192 buah negara.  Sebenarnya
kewujudan PBB bukanlah secara kebetulan, bukan pula sekadar memenuhi
keinginan negara-negara perintisnya. Ada proses panjang di sebalik
bagaimana ianya bermula dan sesungguhnya, ada agenda yang tersembunyi di
sebalik kewujudannya. Tidak lama sebelum ia muncul, benih pembentukannya
telah dimulai dengan wujudnya Liga Bangsa-Bangsa (The League of
Nations). Gagasan pendirian organisasi ini dicetuskan pada tahun 1918,
sebelum berakhirnya Perang Dunia I. Di dalam ucapannya kepada Kongres,
Presiden AS ketika itu, Woodrow Wilson telah menggariskan beberapa
syarat yang dikenali sebagai Fourteen Points For Peace mengandungi 14
butiran untuk mewujudkan perdamaian. Butiran ke 14 dari syarat-syarat
tersebut menyebutkan perlunya pembentukan satu kesatuan negara-negara
yang akan memberi jaminan keamanan kepada semua negara tanpa
membeza-bezakan negara besar atau kecil. Dari sinilah akhirnya lahir
kesatuan yang diberi nama The League of Nations pada tahun 1919. Sejak
itu, AS mula berperanan di arena antarabangsa sehinggalah seterusnya
berjaya mengekalkan kekuasaannya ke atas dunia dengan kewujudan United
Nations. Jauh sebelum kemunculan the League of Nations ini, sudah
terdapat sebuah organisasi antarabangsa yang mula digagaskan oleh
negara-negara Eropah sejak abad ke 16M lagi. Ketika itu, Daulah
Uthmaniah yang memerintah dunia begitu kuat dan tidak dapat dapat
dikalahkan oleh mana-mana negara. Angkatan tentera Uthmani berjaya
membuka satu demi satu negara Eropah dan membawa Islam ke sana. Daya
jelajahnya begitu besar, dari Yunani, Rumania, Albania, Yugoslavia,
Hungary hingga hampir menembusi dinding Vienna. Kekuatan tentera Allah
ini digeruni dan amat menakutkan musuh (Eropah) ketika itu. Ketakutan
dan kebencian Eropah kepada Islam menyebabkan mereka berfikir dan
berusaha keras untuk membentuk kekuatan bagi menghambat pasukan tentera
Islam. Dari sinilah mereka kemudian membentuk gabungan dalam usaha untuk
menghalang kemaraan kaum Muslimin. Gabungan yang terdiri dari
negara-negara Kristian Eropah ini mula dikenali sebagai 'Keluarga
Eropah'.  Hingga pertengahan abad ke 17M, kekuatan Keluarga Eropah ini
belum dapat menandingi kekuatan Daulah Islam. Pada tahun 1648,
negara-negara Kristian Eropah mengadakan Persidangan Westphalia dan
menetapkan pelbagai aturan untuk mengatur hubungan antara mereka. Sejak
saat itu, muncullah apa yang dikenali sebagai 'Komuniti Antarabangsa'
dan 'Undang-Undang Antarabangsa' . Komuniti ini terdiri dari
negara-negara Kristian tanpa membezakan bentuk negara, samada kerajaan
atau rebublik dan sebagainya. Pada mulanya komuniti ini dikhususkan bagi
negara-negara Eropah Barat, tetapi kemudian diikuti oleh semua negara
Kristian di luar Eropah. Mereka memadu tenaga mempertahankan kesepakatan
yang telah mereka bangunkan, khususnya dalam prinsip-prinsipnya yang
diambil dari gabungan ajaran Kristian dan Yahudi. Dengan kekuatan baru
yang mereka miliki, mereka telah berusaha untuk menghancurkan Daulah
Islam. Setelah Daulah Islam semakin melemah, mereka mula membangun imej
buruk terhadap Daulah dengan menjolokinya sebagai 'Orang Sakit Eropah'
(The Sick Man of Europe).  Dengan kekalahan Jerman, Austria-Hungary dan
Daulah Uthmaniyyah pada Perang Dunia I, The League of Nations telah
ditubuhkan secara rasmi, selepas Persidangan Keamanan Paris, pada tahun
1920. Semua negara kemudiannya dibenarkan masuk dengan syarat
negara-negara tersebut bersetuju dengan prinsip-prinsip mereka. Setelah
itu, The League of Nations 'ditukar nama' kepada The United Nations,
yang pada awal kemunculannya terbatas kepada negara-negara yang
menentang Jerman. Setelah itu, keanggotaan PBB terus dibuka
seluas-luasnya, sesuai dengan hasrat AS untuk menyebarkan hegemoninya ke
seluruh dunia dan menundukkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah
ideologi kufur yang mereka bawa.  Wahai kaum Muslimin! Itulah secebis
dari hakikat sejarah kemunculan PBB yang jarang-jarang diketengahkan
kepada kalian. Awal kemunculannya adalah sebagai langkah musuh-musuh
Islam untuk melawan Islam dengan menghapuskan kekuatan Daulah Islamiyyah
yang berpusat di Turki ketika itu. Setelah kejayaan mereka menghapuskan
Daulah Islam, maka agenda seterusnya adalah untuk memastikan agar Daulah
Islam tidak akan muncul lagi. Banyak lagi sejarah yang tidak dapat
diungkapkan di sini yang menceritakan dengan jelas bagaimana badan dunia
itu 'dicipta' dengan begitu licik untuk menghapuskan Islam dan umatnya.
Yang selalu ditonjolkan adalah 'fungsi' PBB yang ditubuh untuk
menyelamatkan dan menjaga keamanan dunia. Itulah kejayaan Barat dalam
usaha mereka melenyapkan Islam melalui PBB yang ditelan bulat-bulat oleh
para pemimpin umat Islam hari ini dengan menganggapnya sebagai
'penyelamat' dunia.  AS Pengarah, PBB Pelakonnya Kebijakan negara-negara
kufur Barat khususnya Amerika Syarikat nampaknya telah berhasil menghias
PBB menjadi sebuah pertubuhan yang tampil bagaikan seorang 'pendekar'
antarabangsa yang datang untuk menyelamatkan dunia. Buktinya,
pemimpin-pemimpin dunia termasuklah di dunia Islam memberikan ketaatan
dan kepercayaan kepada 'pahlawan agung' ini di dalam menghadapi apa jua
masalah antarabangsa, walaupun secara jelas ia telah gagal menyelesaikan
pelbagai masalah di peringkat antarabangsa terutamanya yang melibatkan
negeri-negeri umat Islam. Malahan yang lebih menyedihkan, telah terbukti
bahawa PBB telah membiarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam,
tetapi pemimpin kaum Muslimin masih memberikan kesetiaan sepenuhnya
kepada organisasi kafir ini! Wahai kaum Muslimin! Bukalah mata,
pasanglah telinga, fikirkanlah dengan aqal yang Allah anugerahkan kepada
kalian, lihatlah dengan mata hati kalian bahwa PBB jelas-jelas
membohongi kalian atas nama keamanan dan kesamarataan. Penubuhan PBB
ditandatangani oleh 51 buah negara dan sekarang ini dianggotai oleh 192
buah negara, tetapi 5 negara mempunyai kuasa veto. [Majlis Keselamatan
PBB yang merupakan badan yang paling berpengaruh di dalam pertubuhan itu
terdiri daripada 15 kerusi, lima diduduki secara tetap, oleh anggota
yang memiliki kuasa veto (Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis)
dan sepuluh yang lain diberi secara bergilir-gilir bagi setiap dua tahun
untuk negara-negara anggota lain dan tidak mempunyai kuasa veto]. Hak
istimewa yang dikenali dengan kuasa veto ini merupakan hak khusus yang
hanya dimiliki oleh lima buah negara kuasa besar sahaja. Kuasa veto ini
boleh menghapuskan segala resolusi, peraturan, undang-undang dan apa
sahaja yang akan diluluskan, walaupun ia disetujui oleh majoriti negara
anggota. Masuk aqalkah kedudukan istimewa ini, apatah lagi AS adalah
salah satu darinya? Inikah konsep kesamaan dan keserataan bagi semua
anggota sebagaimana yang dilaungkan-laungkan ? Inilah kepalsuan terbesar
PBB semenjak kelahirannya ke dunia ini yang kononnya akan membawa
kesamaan, kedamaian dan keamanan kepada dunia sejagat.  Jauh panggang
dari api, itulah pepatah yang tepat bagi PBB. Secara pastinya PBB
hanyalah kuda tunggangan yang kewujudannya adalah bagi mengekalkan nafsu
buas kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan
sekutu-sekutunya. Umum mengetahui bahawa AS adalah dalang di sebalik
kebanyakan tindakan PBB. Dominasi AS ke atas PBB telah menjadikan
organisasi tersebut sebagai alat yang cukup efektif bagi negara Uncle
Sam ini untuk menempatkan dirinya sebagai pencatur politik dunia ketika
ini. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang wajar apabila kita melihat
polisi-polisi PBB diwarnai oleh cita-cita ideologi Amerika Syarikat
sendiri (kapitalisme) , yang menggunakan metod (thariqah) penjajahan
untuk menyebarluaskan ideologinya. Ada beberapa strategi yang digunakan
oleh AS untuk memanfaatkan PBB bagi kepentingan dirinya. Antaranya
ialah:- 1. Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi antarabangsa
yang berkuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia yang dihadapi
oleh berbagai bangsa dan negara. Strategi ini dilakukan dengan cara
membangunkan public opinion (pandangan umum) dunia bahawa PBB merupakan
organisasi yang bersifat antarabangsa meskipun tidak semua negara yang
ada di dunia ini menjadi anggotanya Dengan sifat ini PBB menjadi
satu-satunya pihak yang berkuasa dan dapat diyakini untuk membahas
masalah-masalah antarabangsa. Selain itu negara-negara yang dilibatkan
di dalam percaturan politik internasional dibatasi hanya bagi mereka
yang bergabung menjadi anggota PBB sahaja. Hal ini menjadikan
negara-negara yang tidak menjadi negara anggota tersingkir dan tidak
mampu memberikan sebarang pengaruh. Fenomena ini pernah dialami oleh
Rusia pasca Perang Dunia I dan Sepanyol pasca Perang Dunia II. 2.
Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi internasional yang
mempunyai kuasa untuk merumuskan undang-undang yang menjadi sumber
undang-undang antarabangsa. Dengan mengeksploitasi sifat
'keantarabangsaanny a' PBB dan badan-badan yang berada di bawahnya
seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain, dapat meletakkan
dirinya sebagai badan yang berkuasa mengeluarkan peraturan,
undang-undang, keputusan, piagam, resolusi atau apapun yang dilabelkan
sebagai ketetapan masyarakat antarabangsa. Hakikatnya,
ketetapan-ketetapan ini rata-rata menguntungkan AS dalam menyebarluaskan
lagi ideologi kufur mereka. Segala peraturan, undang-undang, piagam,
resolusi dan yang lain-lainnya bukanlah bersifat universal sebagaimana
yang mereka laung-laungkan. Akan tetapi ianya rata-rata merupakan produk
ideologi Kapitalisme- Demokrasi semata-mata yang tidak lain hanyalah
bertujuan untuk meng'kapitalisme' kan dan men'demokrasi' kan semua
manusia di dunia (terutamanya dunia Islam) agar mengikut telunjuk AS
dalam segenap aspek kehidupan!! Inilah kehendak AS. 3. Memberikan kuasa
yang luas kepada Majlis Keselamatan (Security Council). Majlis yang
bertugas menjaga agar tidak berlaku peperangan di antara negara ini
berkuasa memberikan keputusan bahkan tindakan apa pun terhadap sebuah
negara yang menurutnya layak menerima hukuman. Melalui dominasinya di
dalam Majlis Keselamatan ini, AS dapat memaksakan keinginannya dan
mengambil segala tindakan atas negara-negara yang dianggap membahayakan
kepentingannya. Sebagai contohnya, 'penaklukan' ke atas Kuwait oleh Iraq
pada tahun 1990. Akibat kejadian ini, Majlis Keselamatan telah
mengeluarkan resolusi 678 yang isi kandungannya memberikan kuasa kepada
Amerika dan sekutunya untuk menggunakan apa jua cara bagi mengeluarkan
Iraq dari Kuwait. Namun anehnya, sikap yang serupa tidak dilakukan oleh
PBB terhadap Israel yang jelas-jelas merampas tanah umat Islam di
Palestin. Umat Islam malah dibiarkan dibunuh dengan kejam dan diusir
dari rumah-rumah mereka untuk memberi penempatan kepada Yahudi. PBB
sebaliknya mengeluarkan resolusi 242 dan 381 yang mengakui sahnya
kewujudan negara Zionis Israel la'natullah itu. Si Yahudi terus-terusan
membunuh umat Islam dan melebarluaskan lagi tanah jajahannya sehingga
sekarang, tetapi PBB tidak pernah sekalipun mengeluarkan resolusi walau
untuk sekadar 'mengutuk' tindakan jahat Israel ini. Inilah PBB yang
merupakan 'harapan agung' pemimpin umat Islam hari ini yang akan
'menyelamatkan' umat Islam dari terus dibunuh oleh Israel! 4. Membuka
kesempatan yang seluas-luasnya bagi negara-negara di dunia untuk menjadi
negara anggota. Dengan semakin banyaknya negara anggota PBB maka
kedudukannya sebagai organisasi dunia semakin kukuh. Keadaan ini akan
memperkuatkan kewibawaan dan pengaruh PBB di pentas politik
antarabangsa, sekaligus mengukuhkan hegemoni AS ke atas dunia.
Keterlibatan, kepercayaan dan kesetiaan negara-negara anggota kepada
badan dunia ini akan mempermudah dan memperlancarkan segala aktiviti AS
menakluki dunia. 5. Mengadakan Persidangan Antarabangsa di dalam
berbagai bidang. Di atas nama PBB, AS menaja berbagai-bagai persidangan
peringkat antarabangsa untuk mempropagandakan idea dan
pemikiran-pemikiran kufur mereka. Sebagai contoh pada tahun 1994 di
Cairo Mesir telah diadakan Persidangan Antarabangsa Kependudukan Dan
Pembangunan (International Conference On Population and Development).
Persidangan yang dianjurkan oleh PBB ini hampir sepenuhnya dibiayai oleh
AS, bertujuan untuk mendapatkan persetujuan masyarakat antarabangsa bagi
program tindakan 20 tahun yang akan datang bagi mengawal jumlah
kelahiran penduduk dunia. Dalam draf plan tindakannya setebal 113
mukasurat terdapat beberapa usulan untuk mencegah kelahiran penduduk
dunia di antaranya ialah membenarkan pengguguran, homoseksual dan seks
luar nikah. Inilah di antara contoh bagaimana AS cuba menerapkan
pemikiran/nilai mereka kepada dunia umat Islam. Banyak lagi persidangan
seumpama ini yang tak putus-putus di adakan atas nama Hak Asasi Manusia
dan sebagainya yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.  Wahai kaum
Muslimin! Setelah melihat apa yang berlaku, apakah kita masih
mengharapkan PBB dapat menyelesaikan persoalan kita. Apakah kalian lupa
bahawa PBB hanya sekadar menyaksikan pembunuhan saudara-saudara kita di
Shabra dan Shatilla, juga pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Jenin
oleh Yahudi la'natullah? Apakah kalian telah lupa dengan apa yang
berlaku kepada umat Islam di Bosnia ketika mereka dihabisi oleh
pengganas Serbia? Apakah kalian sudah melupakan nasib saudara kita yang
terus dibunuh di bumi Iraq oleh syaitan besar Amerika la'natullah?
Apakah kalian tidak menyaksikan apa yang sekarang ini berlaku di
Lebanon? Apakah yang telah dilakukan oleh PBB??? Masihkah kalian
mengharapkannya? Belum sedarkah kalian bahawa PBB adalah satu badan yang
diwujudkan bukan untuk menyelamatkan umat Islam, malah untuk
menghancurkan agama Allah dan umat Muhammad. Adakah kalian mengharapkan
musuh Allah untuk menyelamatkan kita kaum Muslimin? Ingatlah wahai kaum
Muslimin, inilah organisasi yang telah banyak bertanggungjawab ke atas
berbagai musibah dan bencana yang menimpa umat Islam!! Sikap Kita
Terhadap PBB Bagaimana pandangan Islam terhadap kewujudan PBB dan hukum
bergabung dengannya? Perkara ini adalah penting untuk diketahui oleh
umat Islam agar mereka dapat mengambil sikap yang benar sesuai dengan
ketentuan hukum syara'. Ditinjau dari segi asasnya, jelas PBB berdiri di
atas asas yang bertentangan dengan hukum Islam. Pertubuhan ini didirikan
di atas ideologi kufur Barat. Ideologi inilah yang dijadikan sebagai
asas dalam pembentukan berbagai peraturan yang selanjutnya dinamakan
sebagai Undang-undang Antarabangsa. Hukum kufur inilah yang digunapakai
untuk mengatur hubungan di antara semua bangsa-bangsa di dunia ini.
Ideologi kufur Barat ini pulalah yang dijadikan sebagai landasan di
dalam menyusun berbagai piagam dan deklarasi. Apa yang dinamakan
Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia contohnya adalah natijah dari
nilai-nilai kufur tersebut. Atas dasar inilah keberadaan PBB adalah
haram. Bergabung dengannya, menjadi anggotanya juga adalah haram. Allah
Subhanahu wa Ta'ala hanya mewajibkan umat Islam untuk berhukum hanya
kepada syariatNya semata-mata dan mengharamkan mereka untuk berhukum
kepada thaghut. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Apakah engkau tidak
memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa
yang telah diturunkan kepada engkau dan apa yang telah diturunkan
sebelum engkau? Mereka hendak berhukum kepada thaghut padahal mereka
telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Syaitan itu bermaksud
menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya" [TMQ
an-Nisa'(4): 60]. Selain dari itu, ditinjau dari segi peranannya, PBB
adalah tidak lebih dari sekadar alat bagi negara kafir Barat khususnya
AS untuk mengukuhkan penjajahannya terutamanya ke atas negeri-negeri
kaum Muslimim. Organisasi ini telah terbukti menjadi alat yang cukup
efektif bagi orang-orang kafir untuk terus menguasai umat Islam. Atas
dasar ini bergabungnya negeri kaum Muslimin dengan PBB telah membuka
jalan dan kesempatan bagi musuh-musuh umat Islam untuk menguasai mereka.
Inilah apa yang berlaku sekarang di mana keseluruhan negeri kaum
Muslimin sedang tunduk kepada badan kufur ini. Tindakan ini adalah
sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Firman Alllah Subhanahu wa Ta'ala:
"Allah tidak sekali-kali memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk
menguasai orang-orang yang beriman" [TMQ an-Nisa'(4): 141]. Jelaslah
jika ditinjau dari sudut mana sekalipun keberadaan PBB adalah haram dan
menjadi anggotanya adalah haram. Adalah suatu kemungkaran yang besar di
mana para penguasa kaum Muslimin bergabung dan berhukum dengan apa-apa
sahaja yang datang dari PBB. Dengan melihat kepada semua ini, maka umat
Islam perlu menyedari bahawa satu-satunya tindakan yang dibenarkan oleh
syara' terhadap PBB ialah negeri-negeri kaum Muslimin wajib keluar
darinya dan satu-satunya wadah yang wajib dijadikan oleh kaum Muslimin
untuk mengikat dan mempersatukan negeri-negeri mereka adalah dengan
bersatu di bawah Daulah Khilafah bukannya di bawah naungan PBB. Yakin
dan percayalah wahai seluruh kaum Muslimin, hanya Daulah Khilafah
sahajalah yang akan dapat membebaskan kalian semua dari terus menjadi
mangsa kekejaman dan kebiadaban kuffar Barat. Negeri-negeri kaum
Muslimin wajib bersatu di bawah naungan Daulah Khilafah yang akan
menjadi penyelamat kita semua. Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Apakah
cahaya PBB yang kalian cari, bukannya cahaya Ilahi? Ingatlah, bahawa
sesungguhnya segala kemuliaan dan kekuatan itu adalah milik Allah dan
RasulNya dan juga seluruh kaum Muslimin, bukannya milik PBB sebagaimana
yang kalian harap-harapkan. Wallahu a'lam
sumber

No comments:

About Us

Recent

Random